PULAU-PINANG-Kehadiran lelaki dewasa hanya berseluar dalam di pantai Batu Ferengghi Pulau Pinang pada Jumaat lalu mencabar kesucian Islam di samping menjejaskan suasana tidak selesa pengunjung di situ.
Pengunjung, Hasan Ali,53, berkata, lelaki berkenaan dilihat berenang berseorangan sebelum berswafoto di tepi pantai dengan hanya berseluar dalam.
“Saya perasan kehadiran laki tu waktu nak pulang. Dah la pakai seluar dalam saja, mandi pula di kawasan terbuka.
“Saya lihat laki tu langsung tak ada sikap pemalu. Apatah lagi nak hormat pada orang ramai di situ,”katanya.
Tinjauan Rentas7.com di kawasan berkenaan mendapati aduan daripada saksi adalah benar.
Katanya lagi, dia juga kecewa dengan sikap segelintir pengunjung yang masih mengambil gambar berhampiran lelaki berkenaan.
“Dah macam satu budaya biasa pula. Sepatutnya pengunjung pun ada rasa malu dalam diri,”katanya.
Pengunjung, ingin dikenali Muthirah,41, berkata, dia terserempak dengan lelaki itu ketika datang berkelah bersama suami dan anak-anak.
“Disebabkan itu, kami terpaksa berkelah di kawasan yang jauh daripada lelaki itu berada,”katanya.
Manakala, pengunjung, Yahya Isa,32, berkata, pihak berwajib diharap mengambil serius dengan kehadiran pengunjung yang tidak menjaga etika berpakaian di kawasan umum.
Rentas7.com
Leave a Reply