Cuba gugat PM dilantik Agong, NGO gelar PH pengkhianat sebenar

SUNGAI PETANI- Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan besar sedang diperalatkan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, beliau percaya bekas Perdana Menteri itu tidak akan bertindak bersendirian melainkan dipergunakan.

“Bekas Perdana Menteri itu seperti “dicucuk” oleh PH bagi kepentingan individu lain.

“Mahathir sepatutnya malu dengan diri sendiri kerana menyusahkan rakyat,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Beliau berkata, pada 24 Februari lalu Mahathir meletakkan jawatan dengan kerelaan sendiri.

“Akan tetapi, Ahli Parlimen Langkawi itu mahu membuat usul undi tidak percaya pada Muhyiddin pada 18 Mei.

“Ini bukan sahaja tindakan yang bodoh tetapi menampakkan seoalah-olah Mahathir sedang ditunggang oleh pihak lain,”katanya.

Mustaffa berkata, kerakusan PH mahu membolot jawatan Perdana Menteri ketika rakyat dan negara sedang berdepan COVID-19 menunjukkan gabungan itu hanya mementingkan agenda peribadi.

“Jika anda tahu dalang besar di belakang PH, anda akan menemui jawapan mengapa kompenan tidak sedar diri ini cukup rakus berebut kuasa.

“Sewaktu PH memerintah, mereka berebut kuasa sesama sendiri sehingga jatuh tersungkur.

“Kali ini mereka mahu mencabar kedudukan Perdana Menteri yang sah dilantik Agong. PH ialah pengkhianat besar kepada Islam, negara dan rakyat.

“Dalam Islam sendiri menitik beratkan keutuhan sesebuah negara. Jika negara lemah ia akan mudah diserang musuh. Namun adakah “puak” ini peduli semua itu?,”katanya.

Tambahnya, tindakan PH mahu mengugat Perdana Menteri bertentangan dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan Perdana Menteri.

Hari ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof memaklumkan menerima usul tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usul itu dikemukakan Mahathir Mohamad pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3).

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.