Sanggup bermotosikal hingga China-Pakistan kibar jalur gemilang

ALOR SETAR- Seramai 11 peserta dari kelab motosikal Northern Versys Owner Group (NVOG) mengibarkan jalur gemilang di  Lebuh raya Karakoram menghubungkan China dan Pakistan, baru-baru ini.

Perjalanan menggunakan motosikal berkapasiti 150cc itu merupakan misi menjelajah ke negara Pakistan Semperna 31 Ogos Hari Kemerdekaan yang ke-62.

Presiden NVOG&Freinds, Ahmad Fazrul Shahril berkata, NVOG yang berpusat di utara Malaysia memilih Pakistan berikutan bentuk muka buminya yang menarik serta terdapat laluan sutra “Silk Road”.

Menurutnya, perjalanan sejauh 18,000 kilometer pergi dan balik itu bermula dari utara tanah air.

“Dahulunya laluan ini pernah menjadi penghubung serta laluan perdagangan jalan raya diantara China dan Arab,”katanya.

Beliau berkata, misi itu terlaksana apabila jalur gemilang dapat dikibarkan sehingga penghujung sempadan Pakistan-China.

Ahli NVOG mengibarkan jalur gemilang di Karakoram

“Kami berjaya mengibarkan jalur gemilang di Kunjerab Pass yang berada di 4,700 meter atas paras laut, semua ini berkat doa semua,”katanya.

Beliau berkata, hasrat mereka mengibarkan Jalur Gemilang di kotaraya Pakistan iaitu di Islamabad pada 31 Ogos lalu juga terlaksana.

“Ia juga sebagai simbolik hasil kerjasama perdagangan antara Malaysia – Pakistan yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad,”katanya.

Jalur gemilang dikibar pada ketinggian 4,700 meter dari paras laut

Ahmad Fazrul berkata, misi berkenaan turut digunakan untuk mempromosikan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.