Malaysia mudah benam Kemboja 7-0

VIENTIANE– Malaysia B-16 melakar kemenangan besar bagi aksi kelayakan Piala Asia 2020, Kumpulan J apabila mudah membenam Kemboja 7-0 di Stadium Nasional Vientiane, Loas sebentar tadi.

Skuad muda remaja yang memburu slot automatik berjaya mendapatkan empat jaringan pada separuh masa pertama sebelum menyumbat tiga lagi gol pada babak kedua.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mendahului Kumpulan J diikuti Jepun, Loas dan Kemboja.

Dalam satu lagi perlawanan Jepun membenam tuan rumah Loas 4-0.

Malaysia dibimbing P. Maniam akan menentang Loas pada Jumaat ini sebelum membuat perhitungan dengan Jepun pada 22 September.

11 Juara kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Asia B-16 tahun depan bersama empat naib juara terbaik.

Rentas7.com/Photo:FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.