Hina Nabi Muhammad, Profesor dijatuhkan hukuman mati

LAHORE- Seorang profesor universiti, Junaid Hafeez,33, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Pakistan hari ini kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W.

AFP melaporkan, Junaid dijatuhkan hukuman berkenaan kerana menghina Nabi Muhammad di media sosial.

Tindakan Junaid itu membawa kepada penahanannya pada 23 Mac 2013.

Pakistan yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam memandang serius isu penghinaan agama.

Difahamkan, peguam kepada Junaid iaitu Asad Jamal akan membuat rayuan kepada mahkamah supaya lelaki itu dibebaskan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.