Ayah terbunuh, ibu tenangkan anak kecil

YALA– Dia mungkin tidak mengerti apa-apa, namun jiwa anak kecil ini pastinya amat merasai kehilangan seorang ayah.

Ketika insan lain mempunyai ibu bapa, ayah kepada Nur Fahana Samok terlebih dahulu mengadap Ilahi selepas menjadi mangsa serangan pihak pemisah di selatan Thailand malam tadi.

Nur Fahana terpaksa dipujuk ibunya apabila mengetahui bapanya meninggal dunia dalam insiden itu lapor Media Informasi News.

Tangisan Nur Fahana yang sempat dirakam lensa media menyentuh hati dan perasaan siapa sahaja yang menatap gambar berkenaan.

Dalam insiden terbaru, dua pos kawalan keselamatan iaitu di Mukim Lampaya dan Kampung Thung Sadao yang dipisahkan jarak tiga kilometer diserang kumpulan tidak dikenali mengakibatkan 15 terbunuh dengan empat sukarelawan pertahanan kampung cedera.

Media melaporkan, kejadian berlaku pada 10.15 waktu tempatan, pihak keselamatan mengesyaki serangan itu didalangi pihak pemisah.

Serangan berkenaan dianggap terbesar tahun ini dilaporkan menggunakan bahan letupan dan paku.

Krisis keamanan di selatan Thai telah meragut lebih 7,000 nyawa termasuk orang awam.

Rentas7.com/ Nation Foto

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.