Dominic Tan jadi lubuk Tajikistan

KUALA LUMPUR–  Posisi Dominic Tan bocor dengan mudah sekaligus membuatkan Malaysia berputih mata mendakap Piala Pesta Bola Merdeka 2023.

Skuad kebanggsaan tewas  2-0 kepada Tajikistan 2-0 di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Malaysia bermula baik dengan mendominasi permainan pada 15 minit pertama tetapi gagal menembusi pertahanan ampuh Tajikistan.

Pada minit ke-44  Tajikistan dengan satu serangan balas pantas menghasilkan gol menerusi Rustam Soirov.

Gol itu berpunca kegagalan pemain pertahanan, Dominic Tan membaca hantaran dan mengeluarkan bola dari kawasan Malaysia.

Dominic Tan sekali lagi menjadi punca dengan melakukan kesilapan pada minit ke-88 apabila teragak-agak mengeluarkan bola hingga membolehkan Shahrom Samiev merampas bola dan meledak gol kedua Tajikistan.

Tinjauan di media sosial di ruang komen Facebook rasmi FAM mendapati ramai penyokong Harimau Malaya tidak prestasi ditonjolkan Dominic Tan.

Malaysia mempunyai deretan peluang menjaringkan gol pada separuh masa kedua tetapi gagal diterjemahkan dengan gol.

Percubaan terbaik Malaysia adalah daripada rembatan Faisal Halim pada minit ke-76, sayangnya rembatannya mengenai palang.

Kekalahan Malaysia memberikan mesej jelas betapa skuad kendalian Kim Pan-gon masih belum matang untuk hadapi Piala Asia pada awal tahun depan.

Pan-gon bagaimapun mempunyai masa beberapa bulan untuk mencari pemain lebih relevan di posisi pertahan, meningkatkan kreativiti pemain pertahanan dan menajamkan serangan skuad Malaysia.

RENTAS7/ FOTO : FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.