Perak masih kekal dengan logo baru walaupun dikritik

Logo baru Perak FC

IPOH– Tiada perubahan bagi logo baru Perak FC setakat ini walaupun lakarannya mengundang kecaman penyokong sendiri.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, PAFA kekal dengan keputusan menggunakan logo baharu seiring dengan persetujuan dicapai oleh kepimpinan Perak FC sebelum ini.

“Cuma apa yang boleh saya maklumkan keputusan untuk menggunakan logo tersebut kekal setakat ini.

“Ini bukan kehendak saya, tetapi ia telah dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi yang menerajui persatuan sebelum ini,”katanya yang dipetik daripada laporan Bernama hari ini.

Beliau berkata, penyokong mempunyai hak untuk mengkritik, mengeluarkan pandangan atau cadangan tentang logo berkenaan.

Logo baharu pasukan Liga Super itu dilancarkan pada 30 Januari lalu menerusi platform Instagram “peraktbgmy”.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/logo-pasukan-baru-perak-jadi-bahan-bualan/

Lakaran logo disifatkan penyokong pasukan sebagai tidak ‘original’ kerana gambar seladang yang digunakan sama dengan imej tertera di Google.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.