Aktiviti memanah semarakkan sambutan Maulidul Rasul

Pihak surau, Hj Rozali Mustafa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pemenang

Laporan: Ilyas Salleh

KUALA KETIL-Acara memanah memeriahkan sambutan Maulidul Rasul yang dianjurkan Surau An Nur Kampung Guar Tinggi siang tadi.

Sambutan diadakan di surau berkenaan dihadiri lebih kurang 350 orang penduduk kampung.

Aktiviti memanah dan slot ceramah dianjurkan sebagai pengisian program kepada masyarakat.

Kaum hawa turut bersama dalam aktiviti memanah

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zamri Che Teh.

Acara sukan memanah yang sinonim dengan sunnah dan aktiviti kesukaran Nabi Muhammad S.A.W dianjurkan untuk kategori dewasa dan kanak-kanak.

Imam Masjid Guar Cempedak, Ustaz Yahya Harun turut menyertai acara memenah

Penyertaan ramai baik golongan kanak-kanak dan dewasa dalam sukan itu amat menggalakkan.

Kanak-kanak turut diberikan pendedahan cara memanah

Bahkan warga emas turut tidak ketinggalan mencuba aktiviti lasak itu.

Majlis jamuan kenduri kesyukuran diadakan sempena sambutan Maulidul Rasul

Pada program itu dua kawah nasi dimasak untuk dijamu bersama lauk gulai daging lembu, ayam kampung goreng, ulam-ulaman, sayur lemak rebung dan masak lemak kuning nangka serta air laici.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.