BALING -Kehilangan seorang warga emas sejak semalam terjawab selepas mangsa ditemukan lemas dalam Sungai Ketil di Kampung Cenerai, Kuala Pegang, hari ini.
Mayat mangsa ditemui pasukan bomba 100 meter meter dari anggota K9 pihak polis.
Abd Aziz Abd Halim,72, dari Kuala Cenerai dikesan hilang oleh anaknya pada jam 8.50 pagi.
Bimbang dengan keselamatan mangsa yang mempunyai masalah hilang ingatan dan strok ringan, keluarganya telah melakukan pencarian di sekitar kampung tetapi tidak jumpa.

Pihak keluarga bagaimapun menemui bekas tapak kaki di tebing sungai yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, wakil ADUN Kupang iaitu Mohd Sabri Abu Bakar turut mengikuti perkembangan misi menyelamat di PKB.
Mohd Sabri menyampaikan sedikit sumbangan bagi pihak ADUN Kupang , Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad kepada pasukan bomba.
Tamat
Leave a Reply