Abang riders turun bantu penoreh

NVOG & Friends tampil membantu penduduk kampung memerlukan

BALING– Kejatuhan harga getah mendorong “abang riders” dari tampil membantu penduduk Kampung Lanai petang tadi.

Menerusi bantuan amal, kumpulan motosikal NVOG & Friends tampil menghulurkan sumbangan kepada penduduk yang terjejas terutamanya mereka yang bekerja sebagai penoreh getah.

Ketua NVOG & Friends Baling dan Sik, Tamizi Nadzir berkata, penduduk dibantu melalui kutipan dana yang dilancarkan NVOG & Friends sejak hampir sebulan lalu.

“Majoriti mereka terjejas pendapatan kerana faktor cuaca tidak menentu di samping harga getah skrap yang turun.

“Daripada situ timbulnya idea di pihak kita untuk menganjurkan program seumpama ini. Setiap penerima disumbangkan barangan dapur termasuk sekampit beras beserta wang tunai RM50,”katanya.

Beliau berkata, NVOG& Friends terlibat dengan progam kemasyarakatan sejak beberapa tahun lalu.

“Alhamdulillah, ramai penduduk yang dapat kita dapat bantu yang melibatkan pelbagai daerah dan negeri,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.