Pemuda Kampung Paya Menora Ganding Bahu Gotong-Royong

Gotong-royong pemuda kampung dengan masyarakat membersihkan kampung halaman

 

Laporan: Ilyas Salleh

 

KUALA KETIL -Semangat kerjasama dan perpaduan masyarakat terus terserlah apabila pemuda Kampung Paya Menora berganding bahu bersama masyarakat kampung menjayakan program gotong-royong membersihkan jalan mini tar di kampung tersebut pada Jumaat, 12 Jun 2026.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu mendapat penyertaan penduduk setempat serta wakil daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Kuala Ketil.

Aktiviti tersebut bertujuan memastikan kawasan kampung sentiasa bersih, selamat dan selesa untuk kegunaan penduduk.

Selain kerja-kerja pembersihan jalan, majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan papan karom kepada pemuda Kampung Paya Menora bagi kegunaan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan setempat.

Sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terlibat dengan aktiviti gotong-royong oleh PKWR Kuala Ketil

Sumbangan tersebut disampaikan PKWR Kuala Ketil kepada wakil Pemuda Kampung Paya Menora, Saudara Shahrizal Abdul Jalil, sebagai tanda sokongan terhadap usaha golongan muda yang aktif dalam menggerakkan pelbagai program kemasyarakatan di kampung berkenaan.

Peserta gotong-royong bergambar kenangan

Pada masa yang sama, para peserta gotong-royong turut menerima pek makanan hasil sumbangan YB Mejar (B) Mansor Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil.

Pihak PKWR Kuala Ketil menyampaikan sumbangan papan karom kepada pihak pemuda kampung

Penduduk yang hadir merakamkan penghargaan atas keprihatinan pihak PKWR ADUN Kuala Ketil yang sentiasa memberi sokongan kepada program kemasyarakatan dan kebajikan penduduk setempat.

Program seumpama ini diharap dapat terus diperkasakan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kejiranan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kesejahteraan kampung.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.