Lelaki hina Raja Raja Melayu diburu polis

KUALA LUMPUR– LelakiĀ  yang menghina kedudukan Raja-raja Melayu dan mempertikai hak keistimewaan orang Melayu diletakkan dalam senarai dikehendaki oleh polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) telah memulakan siasatan ke atas rakaman berdurasi satu minit 33 saat yang mempunyai kencederungan menghasut.

Menurutnya, lelaki berusia 38 tahun, alamat terakhirnya ialah Jalan Tan Sri Manickavasagam Seremban Negeri Sembilan

“Siasatan diklafikasikan sedi bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Suspek juga dikehendaki untuk tiga kes lain. PDRM percaya suspek yang berasal dari Seremban Negeri Sembilan kini berada di luar negara,”katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek telah ke luar negara sejak 2017.

“Tindakan tegas akan diambil kerana dengan niat dan sengaja menghasut,”katanya.

Beliau berkata, PDRM menggesa orang awam tidak membuat, mewujudkan atau meminta-minta dan memulakan apa-apa hantaran ke atas kenyataan yang tular.

“Tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan ke atas siapa-siapa yang ingkar,”katanya.

Lelaki itu antara lain berkata negara ini tidak memerlukan sistem beraja sekiranya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri .

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.