Tragedi Christchurch ulangi peristiwa Masjid Furqan, Thailand

Kebanyakan warga emas dibunuh dalam peritiwa Masjid Al Furqan

By Asri Dawee@Patani

PATANI-Pembunuhan beramai-ramai umat Islam dengan kejam dalam masjid di Christchurch, New Zealand, pada Jumaat mengulangi semula tragedi Masjid Al Furqan, Choairong, Narathiwat 10 tahun lalu.

Semalam, pengganas bukan Islam melakukan tembakan rambang terhadap jemaah ketika solat Jumaat di dua buah masjid, menyebabkan 49 maut, 42 cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.

Keadaan di Masjid Al Furqan

Pengganas turut menembak rambang di luar masjid, perbuatan paling pengecut terhadap orang awam tanpa senjata.

Peristiwa itu menyingkap kembali pembunuhan beramai-ramai di selatan Thailand.

Dua tarikh penting ini (15 Mac 2019 dan 8 Jun 2009) wajib diingati umat Islam.

Dalam kejadian 8 Jun 2009 jam 8 malam waktu tempatan itu, 24 jemaah sedang berada dalam masjid termasuk jemaah tabligh.

Kejadian tragis tersebut berlaku apabila dua lelaki bertopeng yang datang dari kawasan berhampiran kebun getah menyerbu masjid sebelum lepaskan tembakan rambang.

Seorang pemuda antara mangsa ditembak di Masjid Al Furqan

Mereka yang kebanyakan warga emas ditembak dari arah belakang mengakibatkan 11 jemaah maut manakala 12 lain cedera.

10 maut ditempat kejadian dan seorang meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Thailand menuduh pemberontak mendalangi serangan dan menafikan pembunuhan dilakukan tentera.

Kebanyakan warga emas dibunuh dalam peritiwa Masjid Al Furqan

Kenyataan itu bagaimanapun diragui kerana Thailand tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh.

Hingga kini kejadian itu segar dalam jiwa masyarakat selatan Thai.

Thailand yang bakal berdepan pilihan raya pada Mac berdepan konflik lebih panjang berikutan masalah dalaman negara itu.

Mariah kita sedekahkan doa dan Al-Fatehah kepada semua mangsa. Semoga syurga buat mereka.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.