Mael Totey tunjuk belang, kutip RM2.56 juta dalam empat hari

KUALA LUMPUR-Filem komedi, Mael Totey The Movie mencatatkan kutipan RM2.56 juta walaupun baru empat hari tayangan di Astro First.

Pengarahnya Syahmi Sazli merakamkan terima kasih kepada semua yang menyokong filem pertamanya itu.

“ALLAHUAKBAR. “Speechless”. Kutipan 4 hari tayangan. Terima kasih buat semua yg setia menyokong.

” Teruskan melanggan MTTM di Astro First saluran 480. Astro Njoi & Astro Go pun boleh,”katanya di Facebooknya hari ini.

Filem Mael Totey The Movie mengisahkan kehidupan pemuda lurus bendul bernama Mael Totey.

Mael diuji dengan dikecewakan oleh dua wanita yang ingin dikahwini.

Dia akhirnya berkahwin dengan guru Bahasa Inggerisnya setelah impiannya itu tidak kesampaian.

Perkahwinan mereka bagaimanapun diuji dengan kehadiran semula salah seorang wanita iaitu Yaya.

Filem berkenaan ialah sedutan daripada filem pendek Mael Totey di saluran Youtube Syahmi Sazli, drama itu mempunyai jutaan pengikutnya yang tersendiri.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.