Cubaan wanita Indonesia seludup barang ke Sabah digagalkan

Kesemua barang cuba diseludup dipatahkan

TAWAU– Seorang wanita Indonesia cuba menyeludup masuk barang bernilai puluhan ribu ringgit ke Sabah, semalam.

Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dipatahkan oleh polis pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Ia membabitkan 20 kotak gula merah Indonesia, sekotak kotak perikuk kukus, 12 buah kuali kawah, enam kotak kuali aluminium, satu karung penyapu dan pelbagai barangan lain.

Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, wanita itu ditahan di perairan Muara Sungai Tawau Lama, batu 3, Tawau ketika menaiki jongkong dari negaranya.

Menurutnya, bertindak atas maklumat penyeludupan pada jam tiga pagi, pasukan ESSCOM diatur gerak ke lokasi .

“Sepasukan anggota pasukan keselamatan yang terdiri daripada Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am Batalion 14, Angkatan Tentera Malaysia yang diketuai oleh seorang anggota ESSCOM ketika sedang dalam rondaan Op Cegah Pati (OCP) daratan telah diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai di tempat kejadian, telah mengesan dan tahan sebuah jongkong yang sarat dengan muatan barang-barang disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini.”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan, wanita berkenaan ditemui berada dalam jongkong bersama barangan seludup

“Manakala juragannya bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut lalu menghilangkan diri dalam keadaan gelap.

“Siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan mengakui cuba membawa masuk barangan tersebut tanpa memiliki sebarang permit atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan”, katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga merampas sebuah perahu kayu jenis jongkong bersama enjin sangkut yamaha 40hp dengan nilai keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlh RM40,000.00.

Suspek telah dibawa ke ibu pejabat polis Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat dibawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.