KUALA LUMPUR- Gara-gara kempen Buy Muslim First (BMF), produk usahawan muslim iaitu Sardin Viral mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Disebabkan itu, Sardin Viral terpaksa memohon maaf kepada para pelanggannya jika terdapat kelawatan bekalan stok. Sardin Viral juga mengakui produk berkenaan mendapat permintaan tinggi kerana kempen BMF. "Walaupun produk telah ditingkatkan, permintaan tinggi secara mendadak dalam masa yang singkat menyukarkan ...

KUALA KETIL-Penduduk yang menetap di jalan sawit Kampung Banggol Serdang di sini, menggunakan titi rosak dan reput sebagai laluan utama sejak setahun lalu. Memetik laporan Sinar Harian, penduduk memohon pihak berwajib memperbaiki titi berkenaan kerana mereka sudah beberapa kali membaikinya namun ia tetap rosak sekiranya banjir. Wakil penduduk, Ramli Idris berkata, titi telah rosak dan reput sejak setahun lalu itu digunakan ...

BALING- Tidak sampai dua bulan seekor gajah merosakkan tanaman penduduk sekitar Mukim Siong DUN Bayu di sini ditangkap, penduduk kini kembali bimbang dengan kehadiran sekumpulan gajah lain. Terbaru, empat ekor gajah dikesan berada sekitar kawasan Kampung Batu 8 Weng sejak awal September lalu dan telah merosakkan banyak tanaman penduduk. Pada 20 Ogos lalu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ...

KUALA LUMPUR- Kempen Buy Muslim First (BMF) yang kini giat dijalankan  ternyata memberikan kesan positif kepada para peniaga muslim. Salah satunya kejayaan itu dikongsi melalui posting pengguna Facebook menggunakan nama Sheik Dawood. Menurutnya, kempen itu membolehkan sebuah pasar raya diusahakan bersama isteri terus beroperasi walaupun hampir sahaja ditutup kerana mengalami kerugian. "Pada 15 September lepas, seperti biasa selepas sembahyang isyak ...

SIK- Anggota tentera di Kem Tentera Darat Gubir di sini digemparkan dengan penemuan ular tedung selar sepanjang hampir lima meter dalam stor barang kem berkenaan, petang tadi. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Sik, Haisul Aishah Napiah berkata, APM Sik menerima panggilan pada 5.05 petang daripada Unit Kem Tentera Darat Gubir. Menurutnya, APM dengan kekuatan enam anggota segera bergegas ...

YALA- Ribuan masyarakat selatan Thailand meraikan Festival Menyambut tahun baru Islam 1441 dengan mengenakan busana Melayu dan bertanjak, di wilayah ini, baru-baru ini. Suasana yang jarang-jarang sekali dilihat itu bagaikan kembali semula ke alam ketamadunan gemilang Melayu suatu ketika dahulu. Program dianjurkan oleh beberapa organisasi tempatan itu bertemakan "Budaya Menuju Kesatuan Umat". Memetik Pusat Pengembangan Kebudayaan Islam, pelbagai aktiviti termasuk ...

MEGAT DEWA- Bersempena kedatangan 10 Muharram baru-baru ini, Surau Al-Falah Pala Pida 1 Tok Lo Megat Dewa Mukim Ah di sini tidak melepaskan peluang memasak dan mengacau bubur Asyura. Pengerusi merangkap Imam Surau Al Falah, Hj Isa Jaafar berkata, program itu disertai seramai 35 orang anak kariah secara bergotong royong. Menurutnya, antara bahan-bahan digunakan ialah tepung beras, kacang hijau, kacang ...

ALOR SETAR- Seramai 11 peserta dari kelab motosikal Northern Versys Owner Group (NVOG) mengibarkan jalur gemilang di  Lebuh raya Karakoram menghubungkan China dan Pakistan, baru-baru ini. Perjalanan menggunakan motosikal berkapasiti 150cc itu merupakan misi menjelajah ke negara Pakistan Semperna 31 Ogos Hari Kemerdekaan yang ke-62. Presiden NVOG&Freinds, Ahmad Fazrul Shahril berkata, NVOG yang berpusat di utara Malaysia memilih Pakistan berikutan ...

PATANI- Pertubuhan Kebajikan Penduduk daerah Baling (Perkeba) dari Kedah Malaysia menyampaikan sumbangan sejumlah al-Quran kepada  pondok Nurul Quran, Patani selatan Thailand, di sini, baru-baru ini. Setiausahanya, Mohd Nazry Bidin berkata, Perkeba terpanggil membantu kerana pondok berkenaan memerlukan al-Quran bagi kegunaan pelajar dan guru. Menurutnya, sumbangan kali pertama  di luar negara itu antara usaha Perkeba membantu melahirkan golongan celik agama dan  ...

ALOR SETAR- Seorang lelaki warga Pakistan ditemukan mati lemas oleh pasukan bomba di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, semalam. Jurucakap pasukan bomba berkata, mayat tersebut ditemukan terapung pada 2.30 petang oleh pasukan bomba pada jarak 0.2 batu nautika dari Pos Kawalan Bomba Tanjung Rhu. "Mangsa berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. "Operasi tamat ...