Botol arak siapa di Kuala Kedah?

ALOR SETAR-Pemandangan di pantai Kuala Kedah di sini dicemari dengan beberapa botol arak.

Pengunjung ingin dikenali Marzuki,56, berkata, botol arak yang masih baru dilihat berselerak di timbunan sampah lain.

Lebih menjijikkan, botol-botol berkenaan dibuang berhampiran gerai dan kedai makan.

“Tidak sepatutnya botol-botol arak dibuang di sini. Mungkin peminumnya meminum arak kawasan ini pada waktu malam.

“Kawasan ini dikunjungi ramai Muslim, jadi saya sedih lihat suasana seperti ini. Ia betul-betul mencacatkan pemandangan di Kuala Kedah,” katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Katanya, secara tidak langsung imej di pantai berkenaan tercalar di mata pengunjung luar.

“Orang luar yang datang sini mungkin akan membuat pelbagai tanggapan dan akhirnya nama Kuala Kedah yang buruk.

“Harap-harap siapa pun yang datang di kawasan ini lebih sensitif dan tidak cemarkan keindahan suasana di sini,” katanya.

Botol arak yang dibuang di kawasan awam

Katanya lagi, pihak berkuasa diharap dapat melakukan pemantauan yang kerap di kawasan tersebut.

“Saya cadangkan juga rondaan dibuat di situ pada waktu malam bagi mencegah aktiviti kurang sihat,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.