Sambutan Hari Kebangsaan 2021

PUTRAJAYA, 31 OGOS 2021-Sambutan Hari Kebangsaan 2021 telah diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Ogos 2021 (Selasa), pukul 8.00 pagi.

Selaras dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hari Kebangsaan pada tahun ini diadakan berkonsep sambutan secara terbuka (outdoor), terkawal dan berskala kecil serta penglibatan fizikal yang terhad tanpa melibatkan kehadiran orang awam di lokasi.

Seluruh rakyat Malaysia menyaksikan siaran langsung sambutan ini menerusi semua stesen penyiar tempatan pada 31 Ogos 2021 mulai pukul 8.00 hingga 8.50 pagi di saluran TV1 mulai pukul 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Selain itu, sambutan ini turut  ditonton melalui Facebook Live@KementerianKomunikasidanMultimedia, @Merdeka360; dan @JabatanPeneranganMalaysia.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.