Sumbangan al-Quran untuk pondok Patani dari Malaysia

Wakil Pondok Nurul Quran menerima sumbangan al-Quran daripada Perkeba

PATANI- Pertubuhan Kebajikan Penduduk daerah Baling (Perkeba) dari Kedah Malaysia menyampaikan sumbangan sejumlah al-Quran kepada  pondok Nurul Quran, Patani selatan Thailand, di sini, baru-baru ini.

Setiausahanya, Mohd Nazry Bidin berkata, Perkeba terpanggil membantu kerana pondok berkenaan memerlukan al-Quran bagi kegunaan pelajar dan guru.

Menurutnya, sumbangan kali pertama  di luar negara itu antara usaha Perkeba membantu melahirkan golongan celik agama dan  huffaz .

“Sebelum ini sumbangan al-Quran kita lakukan di negeri Kedah sahaja terutamanya di daerah Baling.

“Di daerah ini lebih kurang 18 tempat telah menerima sumbangan daripada pihak kami tidak termasuk surau-surau sekolah seluruh Kedah yang memohon,”katanya.

Wakil Pondok Nurul Quran menerima sumbangan al-Quran daripada Perkeba

Menurutnya, Perkeba akan membantu lebih banyak pusat tahfiz dalam dan luar negara mengikut kemampuan yang ada.

“Kita berharap mana-mana individu beragama Islam atau korporat dapat bersama-sama membantu kita pada program akan datang melalui sumbangan al-Quran dan rehal,”katanya.

tamat

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.