Vietnam kena lanyak Australia

KUALA LUMPUR-Vietnam yang sebelum ini gagal ke final Piala AFF Suzuki 2020 dilanyak Australia 4-0 dalam aksi kelayakan Kumpulan B Piala Dunia 2022 di tempat lawan hari ini.

Keputusan itu meletakkan Wakil tunggal Asia Tenggara itu di kedudukan tercorot.

Sementara itu, Jepun mengatasi China 2-0 di tempat sendiri sekaligus mengejar dua pasukan teratas iaitu Arab Saudi dan Australia untuk memburu slot kejohanan Piala Dunia di Qatar.

RENTAS/ FOTO: ASEAN FOOTBALL

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.