Alif Zakaria dilaporkan meninggal dunia

KUALA TERENGGANU– Bekas pelakon kepada penerbit dan pelakon filem pendek Sukri Sulaiman dilaporkan meninggal dunia.

Berita kematian Alif Zakaria diumumkan melalui halaman Facebook Sukri Sulaiman Production, hari ini.

“Sukri ingin memberi tahu bahawa bekas pelakon sukri Alif Zakaria telah kembali ke Rahmatullah,dan ingin mengingati juga…ucaplah INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN,”tulisnya ringkas.

Berita mengejutkan itu disusuli dengan ucapan takziah daripada netizen.

Berita sedih itu diumumkan Sukri (tengah), hari ini. Alif dari kanan manakala isteri Sukri iaitu Alia dari kiri.

Lakonan mencuit hati Allahyarham Alif bersama Sukri bertajuk
Bangla Cakap Kelantan.

Ia mendapat 158,000 tontonan di YouTube.

Selain komedi, Sukri yang sering berlakon bersama isterinya Alia Latif sentiasa memastikan filem terbitannya diselit unsur nasihat, malah mengetengahkan dialek Terengganu dalam dialog lakonan.

Rentas7.com mengucapkan salam takziah kepada keluarga  Allahyarham Alif Zakaria.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.