Musim sejuk di Pengkalan Hulu

Musim sejuk di Pengkalan Hulu sejak tiga minggu lalu

GERIK-Pengkalan Hulu mencatatkan fanomena suhu sejuk di bawah paras 20 darjah celsius sejak tiga minggu lalu.

Penduduk, Mohd Idros Ali, 59, berkata, daerah Hulu Perak itu mencatatkan suhu sejuk luar biasa terutamanya pada waktu pagi dan malam.

“Fanomena musim sejak ini berlaku sejak tiga minggu lalu. Waktu pagi dan malam mencatatkan suhu di bawah 20 darjah celsius.

“Tapi pada pagi lebih sejuk. Mungkin sekitar 13 darjah celsius,” katanya malam tadi.

Menurutnya, fanomena tersebut sebenarnya merupakan musim yang berlaku setiap tahun.

“Setiap tahun musim sejak berlaku setiap awal tahun.

” Tapi jika diikutkan suhu pada sebelum-sebelum ini lebih sejuk sampaikan kabus tebal di awal pagi,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati suhu di Pengkalan Hulu lebih sejuk berbanding kebiasaaannya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.