KUALA LUMPUR- Tular di media sosial kononnya seorang pesakit virus koronavirus meninggal dunia di Shah Alam, Selangor. Mesej disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun disahkan palsu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) "Lagi sebaran palsu. Sentiasa rujuk dengan sumber yang sah di saluran yang betul. "KKM ada di semua platform (media sosial)," kata kenyataan itu. Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri memberi amaran ...
Disediakan: Mohd Nazry Md Bidin BALING - Semuanya musnah akibat kebakaran, kini lima buah keluarga yang hilang tempat berteduh dan tiada tempat mengadu memohon belas ehsan Menteri Besar kedah. Wakil mangsa, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, kejadian pada 16 Disember lalu mengakibatkan seramai 19 ahli keluarga terpaksa menyewa dan menumpang di rumah saudara-mara. Justeru katanya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ...
PUTRAJAYA- Malaysia menggantung semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei berkuat kuasa serta merta. Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigersen iaitu kemudahan tanpa visa (enTRY), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival),e-visa dan visa manual kepada rakyat China dari kawasan berkenaan. “Keputusan ini dibuat setelah mengambil ...
NARATHIWAT- Seorang pemandu van cedera di kepala selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan keretapi dalam satu kejadian di Sungai Golok di sini, hari ini. Mangsa terlibat dikenali sebagai Mat Yaki Mat Seng berusia 46 tahun. Sumber berkata, kemalangan berlaku di antara Stesen keretapi Sungai Padi dengan Stesen Keretapi Sungai golok pada jam 2.50 petang waktu tempatan. Menurutnya, kawasan terbabit tidak mempunyai ...
BALING- Seramai 20 Murid Berkeperluan Khas (MBK) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah Kebangsaan (SK) Siong menyertai Kejohanan Merentas Desa 2020, baru-baru ini. Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Siong, Siti Rosni Ahmad berkata, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat MBK. Menurutnya, pemenang akan mewakili PPKI untuk ke peringkat aliran perdana dan seterusnya daerah. "Melalui program ini juga, murid-murid ini dapat mengenali ...
PENGKALAN HULU- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia ( PUTRA) mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad segera mengharamkan kemasukan pelancong China ke negara ini. Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustafa Idrus (gambar) berkata, nyawa rakyat Malaysia kini diancam bahaya ekoran sikap "lembab" kerajaan yang masih belum membuat sebarang tindakan wajar. "Apakah akan terjadi kepada masyarakat Malaysia selepas jutaan pelancong China dibenarkan ...
KUALA LUMPUR-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kes baru yang disahkan dijangkiti 2019 novel koronavirus. KKM dalam satu kenyataan terbaru berkata, kes itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga kes positif yang telah dilaporkan pada awal hari ini. "Kes terbaru ini merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China. "Lelaki itu tiba di Johor Bahru pada 22 ...
RANONG-Berkonvoi sejauh 1,500 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk ke Kampung Sin Hai yang terletak dalam sebuah pulau di wilayah Ranong Thailand Pengorbanan itu dilakukan seramai 17 orang guru termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman demi bertemu penduduk kampung yang majoritinya Melayu Kedah. Mereka yang juga ahli kelab Kedah DG Bikers memulakan perjalanan bermula 23 Januari lalu. Ketua ...
BALING-Orang ramai dinasihati tidak mengambil bahan artifak terdapat di Gunung Pulai supaya tidak menganggu urusan dan kajian lanjut bagi mengenal pasti lokasi, sejarah dan kewujudan dengan tepat dan benar. Amaran keras itu disuarakan Penasihat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wira Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof susulan penemuan lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun oleh Jabatan ...
ARAU- Umat Islam diingatkan supaya tidak termakan dengan propaganda kononnya etnik Uighur di China tidak diseksa. Peringatan itu diberikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas menerima kunjungan pimpinan masyarakat Uighur di kediamannya. "Harap kita janganlah tertipu dengan propaganda kononnya China hanya memberikan kemahiran hidup dan masyarakat Uighur tidak diseksa. "Mereka yang sanggup membuat cerita dusta seperti itu ...













