KKM kesan maklumat palsu koranavirus

KUALA LUMPUR- Tular di media sosialĀ  kononnya seorang pesakit virus koronavirus meninggal dunia di Shah Alam, Selangor.

Mesej disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun disahkan palsu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Lagi sebaran palsu. Sentiasa rujuk dengan sumber yang sah di saluran yang betul.

“KKM ada di semua platform (media sosial),” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri memberi amaran kepada semua pihak
supaya tidak mencetuskan ketidaktenteraman awam dengan mencetuskan maklumat palsu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.