Loyang dan kapal terbang manis ada peminat tegar

Kuih kapal terbang dan loyang

KULIM – Dua jenis kuih tradisional Melayu yang dijual di sini sejak sebulan lalu laris bagaikan pisang goreng panas.

Kuih loyang dan kuih kapal terbang berperisa manis itu nyata memikat hati sesiapa sahaja yang menikmatinya dan dalam diam ia bagaikan mempunyai peminat tegar.

Penjualnya, Sofia Harun,31, berkata, dia sendiri tidak menyangka usaha menjual kuih berkenaan sejak sebulan lalu mendapat permintaan yang menggalakkan daripada kaum ibu.

“Rata-rata yang beli akan pesan lagi. Alhamdulillah mereka menyukai rasa dua kuih ini terutama kuih kapal terbang,”katanya.

Kuih kapal terbang mendapati lebih permintaan

Sofia berkata, kuih berkenan dijual dengan harga serendah RM13 setiap bekas.

“Siapa yang duk jauh pun Insha Allah kita boleh hantar. Tapi bagi daerah Kulim, Baling dan Sungai Petani sahaja buat masa ini,”katanya.

Katanya lagi, permintaan terhadap dua kuih berkenaan sempena Aidiladha juga bertambah berbanding hari biasa.

Untuk tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di 011-11429238.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.