“Mukhriz tolong tengok masalah kami”

Keadaan rumah yang terlibat dengan kebakaran

 

Disediakan: Mohd Nazry Md Bidin

BALING – Semuanya musnah akibat kebakaran, kini lima buah keluarga yang hilang tempat berteduh dan tiada tempat mengadu memohon belas ehsan Menteri Besar kedah.

Wakil mangsa, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, kejadian pada 16 Disember lalu mengakibatkan seramai 19 ahli keluarga terpaksa menyewa dan menumpang di rumah saudara-mara.

Justeru katanya,  Datuk Seri Mukhriz Mahathir diharap turun padang untuk melihat sendiri masalah dihadapi mereka selain menilai sebarang bentuk bantuan sewajarnya.

“Sehingga ke hari ni bayang Mukhriz menziarahi mangsa-mangsa kebakaran tidak kelihatan.

“Saya harap beliau ambil ruang mangsa sedikit datang melihat sendiri keadaan rumah yang terbakar dan simpatilah sikit kepada kami mangsa-mangsa kebakaran di sini,”katanya.

Jhangir Khan dua kanan amat berharap Mukhriz turun padang meninjau sendiri masalah mereka

Tambahnya, semua rumah berkenaan termasuk tanah adalah pusaka arwah datuk dan nenek mereka .

Jhangir Khan berkata, emosi dan perasaan mereka amat terganggu setiap kali memikirkan kelangsungan hidup yang perlu ditempuh.

Kejadian pada 16 Disember lalu memusnahkan lima buah rumah

Menurutnya, duit simpanan yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan penting keluarga terpaksa digunakan untuk membayar rumah sewa.

“Tidak dinafikan kami ada menerima bantuan (sekali beri) daripada agensi, NGO dan individu. Tetapi paling penting ialah perhatian kerajaan untuk atasi masalah tempat tinggal,”katanya.

Katanya lagi, Pejabat Penyelaras Parlimen Baling juga dituntut membantu menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

Keadaan rumah yang terlibat dengan kebakaran

“Dari mana lagi kami nak minta tolong menyelesaikan masalah ini selain dari kerajaan yang ada sekarang?

“Misi dan visi kerajaan baru ialah selesaikan segera masalah rakyat dan itu yang ditekan Perdana Menteri kita,”katanya

Rentas7.com/ Foto: Pertubuhan Kebajikan Penduduk daerah Baling.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.