Van bertembung keretapi

NARATHIWAT– Seorang pemandu van cedera di kepala selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan keretapi dalam satu kejadian di Sungai Golok di sini, hari ini.

Mangsa terlibat dikenali sebagai Mat Yaki Mat Seng berusia 46 tahun.

Sumber berkata, kemalangan berlaku di antara Stesen keretapi Sungai Padi dengan Stesen Keretapi Sungai golok pada jam 2.50 petang waktu tempatan.

Keretapi yang terbabit dengan pelanggaran

Menurutnya, kawasan terbabit tidak mempunyai penghadang melainkan dipasang papan amaran sahaja.

“Keretapi tersebut dalam perjalanan dari arah Stesen Nakhon sri thammarat ke Stesen Keretapi Sungai Golok.

Kawasan berlakunya kemalangan

“Mangsa yang lebam dan mengalami benjol di kepala di hantar ke hospital oleh pasukan sukeralawan.

“Van terbabit remuk di bahagian depan manakala keretapi berkenaan tidak mengalami kerosakan,”katanya.

Bagaimanapun tidak dinyatakan bagaimana punca kemalangan boleh berlaku.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.