KOTA KINABALU- Runtuhan tanah setinggi 150 meter memusnahkan dua buah rumah di kawasan lereng bukit di Batu 18, Jalan Kimanis-Keningau dalam kejadian satu pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.51. Menurutnya, siasatan mendapati dua buah rumah tersebut tidak berpenghuni dan terdapat sejumlah rumah lain yang dibina di kawasan itu. ...

LAHAD DATU- Lelaki Filipina berusia 47 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPN) bersama 2,500 bungkus rokok berjenama tidak bercukai kelmarin. Pegawai Polis Marin Wilayah 4 Lahad Datu Sabah, Superintenden Gan Ping Sing berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan PPN Lahad Datu telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam pada jam 11.30 pagi. Menurutnya, ...

PUTRAJAYA- Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November 2020 di Parlimen merupakan belanjawan yang inklusif, prihatin dan cakna rakyat, khususnya golongan yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19. Menteri Perpaduan, Datuk Wira Halimah Mohamed Sadique (gambar) berkata, dengan tema Belanjawan 2021:Teguh Kita, Menang Bersama, agenda perpaduan juga tidak dipinggirkan. ...

BATU PAHAT- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengusir 28 kru bot nelayan Indonesia setelah menceroboh perairan negara pada kedudukan 14.8 batu nautika barat daya Tanjung Labuh semalam. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot berkenaan diusir pada jam lima petang setelah dikesan oleh Bot Benteng Zon Maritim Batu Pahat yang sedang melaksanakan Op Benteng dan ...

PUTRAJAYA- Malaysia telah meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal mengenai Bahan Penipis Lapisan Ozon di bawah Konvensyen Vienna bagi Perlindungan Lapisan Ozon. Menteri Alam Sekitar dan Air , Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, instrumen bagi ratifikasi ini telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpusat di New York, Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2020 melalui Kementerian Luar Negeri. ...

KUALA LUMPUR-Calon Parti Demokrat Joe Biden,77, menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Beliau meraih 286 undi manakala Trump dari Parti Republikan hanya mendapat 214 undi menurut laporan AP. Biden mendapat 20 undi elektoral bagi kerusi di negeri kelahirannya, Pennsylvania iaitu kerusi yang terakhir dimenangi. Presiden baharu Amerika Syarikat itu dilaporkan lebih mesra kepada China menjadi sebab ia ditolak ...

KUALA LUMPUR-Penyerang prolifik skuad kebangsaan, Safawi Rashid (gambar) dilaporkan tersenarai dalam skuad Portimonense SC menentang FC Porto pada awal pagi esok (1.30 pagi Isnin waktu Malaysia). Memetik Utusan Malaysia, perkembangan terbaru itu disahkan pemain berusia 23 tahun itu menerusi aplikasi WhatsApp. Safawi berkata, dia menyerahkan keputusan jurulatih sama ada menurunkannya atau tidak. "Sudah tentu saya terharu, perasaan amat gembira dapat ...

KULIM- Usia yang mencecah 50 tahun ke atas bukan penghalang buat 11 ahli kumpulan Profit Kuala Ketil untuk menawan Bukit Cherok Tok Kun Bukit Mertajam setinggi 506 meter, semalam. Pengerusi Profit Kuala Ketil, Mohd Zukhi Ghazali berkata, kesemua mereka berusia 50 hingga 73 tahun dan hanya seorang peserta muda berusia 15 tahun. Menurutnya, peserta terdiri daripada tiga perempuan dan selebihnya ...

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyambut baik dan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas pengumuman peruntukan RM935,421,200 kepada MOSTI untuk tahun 2021 melibatkan RM510,195,600 perbelanjaan mengurus dan RM425,225,600 bagi perbelanjaan pembangunan. Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, Belanjawan 2021 kali ini mengutamakan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat secara inklusif. Menurutnya, ia termasuklah dalam hal persediaan ...

KUALA LUMPUR- Belanjawan 2021 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat petang tadi mengambil kira maklum balas 6,000 maklum balas rakyat kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, Belanjawan Tahun 2021 yang bernilai RM322.5 bilion yang dibentangkan di Parlimen hari ini merupakan penzahiran konsep Prihatin Rakyat yang didokong teguh oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Menurutnya, negara walaupun berada dalam situasi yang ...