Tanaah runtuh setinggi 150 musnahkan…

Dua buah rumah yang musnah dalam kejadian tersebut

KOTA KINABALU– Runtuhan tanah setinggi 150 meter memusnahkan dua buah rumah di kawasan lereng bukit di Batu 18, Jalan Kimanis-Keningau dalam kejadian satu pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.51.

Menurutnya, siasatan mendapati dua buah rumah tersebut tidak berpenghuni dan terdapat sejumlah rumah lain yang dibina di kawasan itu.

“Selepas pemeriksaan pihak bomba di kawasan berkenaan didapati tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,”katanya seperti dilaporkan Bernama.

Pihak bomba dengan kerjasama polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Papar telah membersihkan kawasan kejadian.

Rentas7/ Foto: Sabah News Today

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.