Profit tawan Bukit Cherok Tok Kun

Peserta Profit bergambar kenangan dalam program berkenaan

KULIM– Usia yang mencecah 50 tahun ke atas bukan penghalang buat 11 ahli kumpulan Profit Kuala Ketil untuk menawan Bukit Cherok Tok Kun Bukit Mertajam setinggi 506 meter, semalam.

Pengerusi Profit Kuala Ketil, Mohd Zukhi Ghazali berkata, kesemua mereka berusia 50 hingga 73 tahun dan hanya seorang peserta muda berusia 15 tahun.

Menurutnya, peserta terdiri daripada tiga perempuan dan selebihnya lelaki.

“Walaupun ramai yang sudah berusia namun tidak menghalang kami untuk menawan Bukit Charok Tok Kun.

Seorang peserta menunjukkan papan tanda ketinggian Bukit Cherok Tok Kun

“Umur tu tak penting, yang penting stamina. Apabila kita sentiasa sihat badan dan akal pun jadi cergas,”katanya.

Beliau berkata, pendakian Bukit Cherok Tok Kun merupakan kesinambungan daripada program mendaki sebuah bukit di Juru, Seberang Prai Tengah yang diadakan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, program Profit akan dianjurkan kembali selepas tamat empat minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 November.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.