Joe Biden menang Presiden Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR-Calon Parti Demokrat Joe Biden,77, menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46.

Beliau meraih 286 undi manakala Trump dari Parti Republikan hanya mendapat 214 undi menurut laporan AP.

Biden mendapat 20 undi elektoral bagi kerusi di negeri kelahirannya, Pennsylvania iaitu kerusi yang terakhir dimenangi.

Presiden baharu Amerika Syarikat itu dilaporkan lebih mesra kepada China menjadi sebab ia ditolak penyokong Trump yang terdiri daripada majoriti bekas tentera AS.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Senator Amerika Syarikat dari tahun 1983 hingga 2002.

Biden juga antara Senator yang menyokong bekas Presiden AS George H.W Bush menyerang Iraq pada 2002.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.