KUALA LUMPUR -Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kelihatan sebak dan letih ketika tampil dalam sidang media harian petang tadi. Beliau melakukan sidang media dalam keadaan kuarantin kendiri di rumahnya. Bagi netizen yang mengikuti siaran langsung berkenaan, mereka mungkin melihat keadaan diri Dr. Noor Hisham  tidak seperti kebiasaaannya. Justeru, deretan komen dilontarkan netizen yang simpati dengan wira ...

KUALA LUMPUR- Istana Negara tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak yang menggunakan nama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Institusi agama untuk menyebarkan berita palsu bagi kepentigan politik atau peribadi. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Indera Ahmad Fadhil Shamsudin berkata, Istana Negara memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu. "Istana Negara sentiasa memantau dan memandang ...

KUALA LUMPUR-Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan larangan rentas negeri di seluruh Semenanjung. Beliau memberikan cadangan itu selepas kenaikan jumlah positif COVID-19 di Semenanjung yang mencecah 432 kes baru, hari ini. "Mungkin juga ada keperluan untuk melaksanakan larangan rentas negeri di semenanjung Malaysia sekurang-kurangnya 14 hari untuk mencegah penularan antara negeri,"katanya dalam satu kenyataan di Facebook. Beliau ...

SUNGAI PETANI- Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang perlu mengelakkan sebarang Pilihan Raya Umum (PRU-15) mahupun "rampasan" kuasa dalam masa terdekat. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di Semenanjung  selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah perlu dijadikan iktibar. "Kita tidak boleh menghalalkan sesuatu sekiranya ia boleh dielak. PRU atau PRN ...

KUALA LUMPUR- Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang disahkan positif COVID-19 menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan dirinya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober untuk tampil menjalani pemeriksaan kesihatan. Dr Zulkifli berkata, mereka yang hadir programnya dalam tempoh berkenaan diminta menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. "Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan ...

SHAH ALAM-Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf kerana melanggar kuarantin COVID-19 pada malam ini. Amirudin berkata, beliau terpaksa bertindak begitu bagi menyelesaikan isu pencemaran yang memberikan kesan kepada kehidupan rakyat Selangor. Jelas beliau, dirinya bagaimanapun bukanlah positif dan tetap mengambil langkah berjaga-jaga. "Namun saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai ‘face shield’, ‘face mask’ juga kedua-dua ujian saringan ...

ALOR SETAR-Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara Pentadbiran di kawasan penjara Alor Setar dan kuaters kakitangannya selama 14 hari. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu akan berkuatkuasa 12.01 malam ini selepas mengambil kira peningkatan jumlah kes yang berlaku. "Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan ...

KUALA LUMPUR- Semua kemasukan pelajar asing yang mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditangguhkan sehingga 31 Disember depan. Ketua Pengarah JIM, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, kemasukan itu berkuasa kuasa kepada pelajar asing yang baru dan sedia ada. "Penangguhan ini adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 2 Oktober 2020 yang menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara ...

KUALA LUMPUR- Menteri Kanan (Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memamahi perasaan rakyat terhadap peningkatan COVID-19 di negara ini. Beliau yang mesra membahasakan diri sebagai Pak Long menegaskan sedang melakukan yang terbaik demi rakyat dan negara. "Ya, Pak Long tahu rakyat gelisah, sedih dan marah. "Namun ketahui lah Pak Long sedang melakukan sedaya upaya Pak Long untuk ...

BALING- Seorang anak menangguh pengajian selama setahun demi menjaga ayah yang sakit terlantar akibat strok. Muhd Azizi Mohamed Zulkifli, 23, dari Kampung Banggol Berangan berkata, dia terpaksa menangguh pengajian di sebuah pondok di Kelantan. Menurutnya, tanggungjawab itu dipikul selepas ibu Nurul Atikah Chooi Abdulllah,43,dan abangnya mengambil alih tugas ayah bagi menyara keluarga dengan menjual ikan. "Ayah (Mohamed Zulkifli Mohammed Daud ...