KUALA LUMPUR-Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (gambar) dan isterinya, Melania sah dijangkiti COVID-19. Media antarabangsa hari ini melaporkan, ujian saringan mengesahkan mereka positif. Memetik China Xinhua news, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya merupakan kontak rapat kepada salah seorang pembantu yang positif. Trump bagaimanapun dilaporkan masih sihat dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa semasa dikurantin. Rentas7.com ...

KUALA LUMPUR-Sebuah syarikat penapis air menjadi bahan kecaman ramai selepas gambar "team building" yang campurkan peserta lelaki dan wanita tular hari ini. Melalui sekeping foto yang dimuat naik di Facebook, peserta lelaki dilihat mendukung peserta wanita. Difahamkan, peserta terlibat telah pun berkahwin dan beragama Islam dan kejadian berlaku di negara ini. Netizen mengunakan nama Facebook Kim Green mendakwa lelaki yang ...

SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) negeri Kedah berharap Ahli Parlimen UMNO-BN mementingkan rakyat dan bukannya pentingkan "perut". Ketua Penyelarasnya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, situasi politik terkini memungkinkan dua keadaan. Pertama katanya, kerajaan baru mungkin terbentuk hasil peralihan sokongan Ahli Parlimen Umno-BN kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemungkinan kedua ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan ...

ALOR SETAR- Sebanyak 98 kes positif COVID-19 dicatatkan di Kedah hari ini dengan bukan warganegara menjadi penyumbang tertinggi kes baru. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan 88 Kluster Tembok. Sebanyak 53 kes daripada Kluster Tembok dikesan daripada bukan warganegara. Selebihnya kes dikesan daripada lima kontak rapat, Kluster Bah Ketil (3 kes) saringan bergejala (1) dan saringan ...