“Dr. Noor Hisham nampak sedih, letih”- netizen

Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media petang tadi

KUALA LUMPUR -Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kelihatan sebak dan letih ketika tampil dalam sidang media harian petang tadi.

Beliau melakukan sidang media dalam keadaan kuarantin kendiri di rumahnya.

Bagi netizen yang mengikuti siaran langsung berkenaan, mereka mungkin melihat keadaan diri Dr. Noor Hisham  tidak seperti kebiasaaannya.

Justeru, deretan komen dilontarkan netizen yang simpati dengan wira barisan hadapan itu.

Antara komen netizen terhadap Dr. Noor Hisham

Pengguna Facebook, Trie Jasheva berkata, suara Dr. Noor Hisham kelihatan sebak ketika menyampaikan perkembangan COVID-19 di negara ini.

“Moga Dr. sentiasa sihat. Nampak letih dan sebak suara Dr baca berita hari ini, sebab semakin hari semakin meningkat (COVID-19).

“Sabar ya Dr kita sama-sama doakan yang terbaik untuk negara Malaysia,” katanya.

Rynn Aziz turut menyatakan perkara yang sama.

“Nampak sedih Dr Noor Hisham. Suara pun menggigil,” katanya.

Faezah Maskam pula mencadangkan sidang media esok ditukarkan orang lain kerana simpati dengan keadaan Dr Noor Hisham.

“Tukarlah orang lain untuk sidang media KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) esok. Tengok muka dia saja hadap seolan-soalan apa semua. Suara pun dah serak. Muka nampak risau sangat tu,” katanya.

Kes positif COVID-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 691 kes hari ini.

Sebanyak 394 kes daripada jumlah itu ialah daripada Kluster Tembok diikuti Kluster Bangau 30 kes dan Kluster Ramai-Ramai 19 kes.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantin kendiri di kediamannya selepas hadir dalam Mesyuarat Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lalu.

Tindakan itu diambil selepas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri disahkan positif COVID-19 pada Isnin.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menjalani kuarantin seperti mana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.