Pemilik hotel kena roboh dah diberikan notis

SUNGAI PETANI– Tindakan menyita serta merobohkan tiga struktur bangunan inap desa di sini kelmarin dibuat selepas pemiliknya dikesan menceroboh tanah milik kerajaan.

Memetik laporan Berita Harian online, tindakan itu menurut Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri, Datuk Mohamad Che Nai diambil mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) I965.

Menurutnya, maklumat diperolehi, tanah seluas I.I3 hektar berkenaan telah diceroboh sejak I5 tahun lalu bagi pembagunan inap desa, tempat makan dan sebagainya.

“Tanah ini adalah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) untuk kegunaan Kem Lapangan Terbang Sungai Petani,”katanya seperti laporan Berita Harian online kelmarin.

Mohamad berkata, pemilik telah diberikan notis untuk mengosongkan bangunan dalam tempoh 90 hari namun gagal berbuat demikian.

Beliau berkata, notis di bawah KTN itu ialah Akta Jalan, Parit dan Bangunan I974 (Akta I33) di bawah Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah dikeluarkan pada 20 Oktober tahun lalu.

Mohamad Che Nai berkata, pihaknya juga mengemukakan kompaun kepada pemilik bangunan bagi menuntut peralatan disita dalam tempoh 30 hari, barangan yang boleh diubah akan dilupuskan sekiranya bayaran tidak dibuat.

Semalam, pemilik premis berkenaan mendakwa tidak diberikan sebarang notis terhadap perobohan bangunan berkenaan dan mengakui tidak diberikan pampasan.

Tiga struktur bangunan terbabit ialah bangunan menempatkan 40 bilik penginapan, kafeteria, dan pejabat pengurusan.

Operasi bermula jam 9 pagi kelmarin itu melibatkan seramai 300 anggota pelbagai agensi.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.