Galeri Pejuang Anwar Ibrahim terbiar sepi

Galeri Pejuang yang kini terbiar

PERMATANG PAUH-Galeri Pejuang yang dibina bagi memperingati perjuangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cherok Tok Kun di sini berada dalam keadaan terbiar .

Salah seorang penduduk setempat yang enggan dikenali memaklumkan, bangunan berkenaan sudah lama dibiarkan tidak terurus.

“Bangunan ini bagi memperingati Anwar Ibrahim yang dipenjarakan pada zaman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Tapi beberapa tahun kebelakangan ini, bangunan ini tidak lagi menjadi Galeri Pejuang, sebaliknya ditinggalkan dalam keadaan terbiar,” katanya hari ini.

Katanya, bangunan itu bagaimanapun dikatakan bakal dijadikan dewan orang ramai.

“Dengar-dengar keluarga Anwar Ibrahim mahu menjadikan galeri ini sebagai dewan orang ramai selepas ini,” katanya.

Tambah penduduk berusia dalam lingkungan 55 tahun itu, pengaruh Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah di kawasan tersebut semakin berkurangan.

“Rasanya pada PRU-15 nanti, Nurul Izzah pun ‘bungkus’ jika dia jadi calon,” katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara pertama selama enam tahun pada tahun 1999 kerana didakwa atas penyalahgunaan kuasa

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.