ALOR SETAR- Kedah mencatatkan empat kes positif COVID-19 hari ini. Menurut info grafik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, daerah Kota Setar mencatat tiga kes baru manakala daerah Kubang Pasu naik satu kes. Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa jam 12 malam ini. PKPD bermula 11 September akan berakhir 25 September ...

ALOR SETAR- Kawasan Alor Setar diisytiharkan sebagai zon merah selepas kes positif COVID-19 mencecah 42 kes. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah Tawau di Sabah turut mencecah jumlah kes yang sama menjadikan dua zon merah hari ini. "Daerah Lahad Datu kekal sebagai zon merah dengan 87 kes. "Kelantan, Terengganu, Labuan, Kuala Lumpur/Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan dan Johor kekal dengan zon ...

KUALA LUMPUR- Produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat bukan Islam disahkan mengandungi campuran babi oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Justeru, biskut berkenaan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dalam kenyataan berkata, produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia bahkan tidak layak ...

BALING- Enggan mensia-siakan waktu terluang, seorang penduduk yang sebelum ini tiada pekerjaan tetap kini bergelar penternak udang kara air tawar. Mohd Zuki Awang,48, dari Kampung Ulu Tawar Tengah berkata, udang kara atau dikenali udang lobter mula diternak pada 2017 dengan modal permulaan sebanyak RM 14,000 Menurutnya, jumlah modal itu merangkumi penyediaan tujuh kolam fiber, paip, telaga air bawah tanah termasuk ...

SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) negeri Kedah menyarankan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin turun padang meninjau tahap liputan internet di seluruh Sabah. Ketua Penyelarasnya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, menteri itu juga disaran untuk meninjau keadaan liputan internet di kawasan kampung Vaveonah Mosibin. "Zahidi memberikan maklumat tidak tepat berhubung tindakan Vaveonah memanjat pokok bagi mencari liputan ...

KUALA LUMPUR- Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkongsi video yang memaparkan dirinya berzumba dengan ramai wanita, hari ini. Video dipapar di Facebook peribadinya itu dikongsinya daripada Facebook bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Najib yang berkongsi video tersebut menyindir Mahfuz sebagai "pandai" jaga badan, ia menerima 27,000 tanda suka dan 350,000 tontonan. Sejak semalam, video Mahfuz berzumba bersama wanita yang ...

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan dengan polulasi Harimau Malaya yang semakin pupus. Beliau berkata, menurut dapatan awal Survei Harimau Kebangsaan Pertama menunjukkan hanya terdapat antara 130 hingga 140 ekor Harimau Malaya di negara ini. "Jika jumlah itu menurun kepada kurang daripada 100 ekor, spesis itu akan diancam kepupusan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan ...

SIK- Sebuah rumah dua tingkat hangus terbakar dalam satu kejadian di Kampung Dusun petang tadi. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang. Menurutnya, setibanya pasukan di lokasi mendapati api sedang marak membakar sebuah rumah dua tingkat. "Kebakaran melibatkan kemusnahan hampir keseluruhan rumah dan anggaran peratus kebakaran adalah 90 peratus dan tidak melibatkan mangsa. ...

ALOR SETAR- Satu lagi kluster baru iaitu Kluster Sungai dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kedah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks (Kes ke-9455) kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut. "Beliau bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September ...

KUALA LUMPUR- Rakyat Selangor tidak dibiar bersendirian menghadapi krisis bekalan air. Sebaliknya, mereka yang terjejas bekalan air menerima bantuan daripada Syarikat Air Terengganu (SATU). Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, SATU telah menghantar bantuan bekalan air bersih kepada rakyat sekitar Klang, Selangor untuk kegunaan harian. "Bantuan mula dihantar semalam dan dijangka akan berakhir pada minggu hadapan. "Semoga ...