BALING-Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan nasib golongan B-40 terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Bagi meringankan beban, seramai 30 penduduk berpendapatan rendah termasuk peniaga kecil menerima bantuan COVID-19 secara sekali beri berjumlah RM 300. Bantuan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Najmi Ahmad di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) hari ini. Najmi berkata, sumbangan berkenaan merupakan lanjutan ...

BINTULU- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan lapan kru kargo selepas kapal dinaiki mereka hampir karam pagi tadi. Kesemua mangsa adalah warga Indonesia berusia 21 hingga 71 tahun. Kejadian berlaku apabila kapal mereka dilanda ribut di lokasi 17 batu nautika daripada Pelabuhan Bintulu pada jam 9.50 pagi. Pengarah Zon Maritim Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata, dua aset laut ...

ALOR SETAR-Kedah memintas jirannya, Perak untuk berada di tangga ketiga Liga Super CIMB 2020 selepas menewaskan PJ City 2-1 di Stadium Darul Aman malam ini. Dua gol Kedah dijaringkan dua penyerang importnya Kpah Sherman minit ke-24 dan Kipre Tchetche minit ke-67. Sebelum itu gawang gol Kedah dibolosi Washington Brandao minit ke-16. Kemenangan itu membolehkan Kedah berada di tangga ketiga liga ...

BALING - Sebanyak 24 keluarga di Kampung Charok Hutan Mas runsing apabila diminta menjelaskan tunggakan Permit Menduduki sejak lapan tahun lalu Difahamkan, tunggakan itu berlaku apabila Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menghentikan permit berkenaan pada tahun 2012. Sumber berkata, kesemua keluarga berkenaan tinggal di atas tanah milik kerajaan sejak tahun 60-an. Namun katanya, mereka tinggal dengan kebenaran JPNK di mana ...

SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) negeri Kedah menuntut semua pemimpin termasuk agensi kerajaan yang terlibat dengan kegiatan menceroboh seluas 4,400 hektar tanah kerajaan Pahang disiasat segera. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pencerobohan ini dilakukan seolah-olah secara terancang dan penuh muslihat. "Seperti yang pernah dilaporkan media, seluas 4,400 hektar tanah telah diceroboh dengan berleluasa dan begitu lama. "Ia merupakan ...

KUALA LUMPUR- Perak mengalami kekalahan terbesar setakat ini selepas mengharungi enam perlawanan CIMB Liga Super 2020. Pada aksi malam ini, Perak tanpa diduga dibelasah 7-0 oleh JDT di Stadium Sultan Ibrahim. Kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas kepada Felda United 1-0 pada 28 Ogos lalu menyukarkan Perak untuk memburu kejuaraan liga musim ini. Dalam aksi tadi, Perak dibolosi gol awal pada ...

KUALA LUMPUR-Krisis air di Selangor menyebabkan rutin harian penduduk terjejas teruk. Turut terkesan adalah pendakwah bebas, Ustaz Datuk Dr Zahazan Mohamed (gambar). Ustaz Zahazan memaklumkan, masalah itu memaksa kuliah agama yang akan disampaikannya secara dalam talian pada malam ini dibatalkan. Menurutnya, jadualnya berganjak kesan ketiadaan air di negeri itu. "Para jemaah yang amat dimuliakan, mohon maaf, malam ni ana tak ...

LAHAD DATU - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai alat mengebom ikan termasuk sebuah perahu enjin pam dari dua lelaki di sini pada 5.30 petang semalam. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Supt Gan Ping Sin berkata, dua lelaki yang terlibat dalam kegiatan itu turut ditahan. "Perahu tersebut dijuragani dua lelaki bajau laut (palauh) masing masing berusia 30 tahun ...

KUALA LUMPUR-Angkara rejim Zionis, tiga kanak-kanak Palestin maut rentung selepas rumah mereka hangus dijilat api. Kejadian berlaku selepas lilin dipasang ayah mereka terjatuh sehingga membakar rumah. Menurut kenyataan Aqsa Syarif hari ini, tindakan Zionis yang mengenakan sekatan elektrik terhadap rumah berkenaan memaksa ayah kepada kanak-kanak berkenaan memasang lilin. Justeru itu, Aqsa Syarif menyeru orang ramai untuk tampil menderma bagi membantu ...

ALOR SETAR- Kedah mencatatkan empat kes positif COVID-19 hari ini. Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memaklumkan, tiga kes berlaku di daerah Kuala Muda dan satu kes di daerah Alor Setar. Peningkatan kes itu berlaku sehari selepas tiada kes positif COVID-19 di Kedah semalam. Kuala Muda dan Alor Setar pada 1 September hanya merekodkan satu kes positif. Bagi seluruh negara pada hari ...