Ranking Malaysia tak berubah

KUALA LUMPUR-Ranking skuad negara kekal di tangga 154 menurut kemas kini ranking FIFA, hari ini.

Kedudukan itu sama seperti pada 12 Ogos lalu dengan kemas kini terbaru akan dibuat pada 21 Oktober lalu.

Malaysia berada di tangga kelima bagi zon Asia Tenggara dan di kedudukan 31 bagi Asia.

Tangga pertama di Asia Tenggara kekal dihuni Vietnam yang kini berada di ranking ke 95 dunia dan ranking 15 Asia.

Tangga kedua dan ketiga Asia Tenggara dihuni Thailand (ranking 122 dunia, 12 Asia) manakala Filipina di ranking 125 FIFA dan kedudukan 23 di Asia.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.