Lelaki terkejut jumpa ular sawa bersama 100 biji telur

Anggota APM berjaya menangkap reptilia tersebut

BALING– Seorang lelaki gempar apabila menemui seekor ular sawa sepanjang empat meter berhampiran sebatang pokok pisang.

Ular seberat 120 kilogram itu ditemui bersama 100 telurnya dalam sebuah kebun getah di Kampung Lanai hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Baling LT.(PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, APM Baling menerima panggilan kecemasan jam 3.48 petang dan tiba di lokasi 30 minit kemudian.

“Ketika lelaki tersebut sedang membersihkan kawasan kebunnya, dia ternampak seekor ular sawa bersama 100 biji telur reptilia itu berhampiran pokok pisang.

“Takut dengan keadaan itu, lelaki berkenaan segera menghubungi menghubungi talian kecemasan APM Baling untuk meminta bantuan bagi menangkap reptilia tersebut,”katanya.

Beliau berkata, operasi menangkap reptilia tersebut dilakukan dengan menggunakan alat khas.

Katanya, ular berkenaan berjaya ditangkap dan dibawa dibawa balik ke pejabat APM baling untk tindakan seterusnya.

Tambahnya, APM Baling semakin kerap menerima laporan kecemasan berhubung kemunculan ular tedung selar atau ular sawa sepanjang lima meter sejak kebelakangan ini.

“Hujan lebat sejak kebelakangan ini dipercayai menjadi punca semakin banyak kes ular bersaiz besar menceroboh masuk kawasan kediaman penduduk sekitar daerah Baling,”katanya.

Beliau berkata, orang awam dinasihati supaya berhati hati dengan keadaan sekeling dan sebarang kecemasan boleh menghubungi APM BALING di talian 044701626 (24 jam) atau 999 untuk mendapatkan bantuan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.