“Dah la langgaq ayah aku himpit lepas tu hang lari macam tu ja”

YAN-Seorang warga emas cedera akibat dilanggar lari dalam satu kejadian di hadapan kolej Komuniti Guar Cempedak hari ini.

Kejadian jam 9.30 pagi itu menyebabkan Ahmad Shaperi Jaafar,66, dari Kampung Batas Ubi Dalam Yan cedera di bahagian kanan tangan, bahu, lutut dan buku lali.

Difahamkan, ketika tiba di lokasi mangsa bergesel dengan sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah belakang sebelum pemandu kenderaan berkenaan melarikan diri.

Mangsa mengalami luka di beberapa anggota badan

Kejadian itu menyebabkan anak kepada mangsa berang dengan sikap pemandu terbabit.

“Tolong la bertanggungjawab sedikit..dah la langgaq ayah aku himpit lepas tu hang lari macam tu ja,”kata pemilik akaun bernama Chezarr Haron di Facebooknya.

Luahan pemilik akaun Facebook tersebut

Lelaki berkenaan turut meminta bantuan orang ramai mengesan pemandu kereta terbabit.

Susulan kejadian itu mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis daerah Yan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.