PUTRA tuntut Xavier Jayakumar dikenakan hukuman

Mustaffa tiga dari kanan (depan) bersama ahli PUTRA Kedah membuat laporan polis terhadap Xavier Jayakumar

SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

Penyelaras PUTRA, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Dr Xavier Jayakumar didapati melakukan penghinaan terhadap YDPA dengan menyifatkan Sidang Parlimen pada 18 Mei sebagai sampah.

Mustaffa

“Kenyataan beliau disiarkan melalui sebuah portal di Facebook. Beliau juga berkata Ahli Parlimen hanya berada sejam saja Dewan Rakyat di untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong atas alasan COVID-19.

“Percakapan beliau merupakan satu penghinaan kepada YDPA,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Beliau berkata, PUTRA menuntut supaya pihak polis membuat siasatan dan ambil tindakan terhadap Xavier Jayakumar kerana keceluparannya melemparkan penghinaan kepada institusi Parlimen dan Agong.

Terdahulu, Mustaffa bersama lapan ketua bahagian dan seorang ketua wirawati bahagian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani, hari ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.