“Sudah dengar titah Agong, penyokong PH jangan tertipu lagi”- PAMM

ALOR SETAR– Penyokong Pakatan Harapan (PH) diharap tidak lagi tertipu dengan mitos kerajaan “pintu belakang” selepas mendengar sendiri titah Yang dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, semua pihak terutamanya penyokong PH wajar mendokong kerajaan dibawah Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, titah baginda tentang kronologi sebenar peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad satu fakta yang terang lagi bersuluh.

Mustaffa Idrus

“Baginda mengakui sedih dengan keputusan diambil Tun Dr Mahathir, malah baginda telah memujuk pemimpin tersebut supaya tidak berbuat demikian

“Namun baginda terpaksa akur apabila Tun Dr Mahathir berkeras mahu meletakkan jawatan,”katanya.

Beliau berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri  mengikut saluran demokrasi yang sah.

“Baginda memberikan peluang kepada semua Ahli Parlimen untuk melaksanakan tanggungjawab menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 43,”katanya.

Beliau berkata, penjelasan YDPA sewajarnya meleraikan persepsi negatif penyokong parti kepada kerajaan melainkan mereka yang berfikiran sempit dan taksub.

“Penyokong yang bijak tidak akan tertipu lagi dengan permainan “pintu belakang” oleh pemimpin PH.

“Tetapi penyokong yang buta tuli dan taksub serta tidak berfikiran waras akan terus dan mudah ditipu oleh pemimpin PH,”katanya.

Mustaffa berkata, PAMM juga memberikan amaran kepada pemimpin PH supaya tidak lagi menipu rakyat kononnya mereka mempunyai majoriti yang cukup.

“Sebelum ini pemimpin PH terutamanya Tun Dr Mahathir dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kerajaan hari ini tidak sah. Kenyataan ini pun sudah “berbau” penentangan kepada YDPA.

“Tetapi hari ini baginda sekali lagi mengakui betapa Tan Sri Muhyiddin layak dipilih sebagai Perdana Menteri dan mendapat majoriti ramai,”katanya.

Hari ini Dewan Rakyat bersidang sehari tanpa perbahasan ekoran pandemik COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.