Keluarga, Melayu, Cina, India terjejas COVID-19 dibantu

Firdaus menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga

KULIM-Hampir 50 buah keluarga terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membasmi COVID-19 dibantu Persatuan Cina Muslim ( MACMA) daerah Kulim.

Pengerusinya, Mohamad Hadi Firdaus Ang berkata, MACMA menghulurkan bantuan kepada semua jenis kaum iaitu Melayu, Cina dan India dengan matlamat meringankan beban masyarakat memerlukan.

“Walaupun dibezakan dengan warna kulit tetapi darah yang mengalir di dalam tubuh badan kita tetap darah yang sama.

Firdaus menyampaikan bantuan kepada salah sebuah keluarga Melayu

“Tiada perbezaannya, di saat negara tercinta di landa musibah, kita tolak ketepi fahaman politik dan isu perkauman,”katanya kepada Rentas7. hari ini.

MACMA membantu tanpa mengira kaum

Beliau berkata, MACMA berharap negara ini dapat pulih daripada COVID-19.

“Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa dan kita semua,”katanya.

Pada 1 dan 2 April lalu, MACMA terus menyantuni masyarakat memerlukan di sekitar Kulim

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.