Rampas alat pengebom ikan

Dua lelaki tersebut ditahan bersama alat pengebom ikan

LAHAD DATU – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai alat mengebom ikan termasuk sebuah perahu enjin pam dari dua lelaki di sini pada 5.30 petang semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Supt Gan Ping Sin berkata, dua lelaki yang terlibat dalam kegiatan itu turut ditahan.

“Perahu tersebut dijuragani dua lelaki bajau laut (palauh) masing masing berusia 30 tahun dan 72 tahun dari Kampung Tanah Timbus, Lahad Datu.

“Hasil pemeriksaan di dalam ruangan perahu telah menjumpai pelbagai alat yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti mengebom ikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PPM turut menemui tiga
botol kaca berisi baja ammonium nitrat, dua unit detonator bersama “safety fuse” satu pemetik api, satu cermin mata penyelam satu gulung hos getah.

“Dua lelaki tesebut gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan membuat, memiliki di bawah jagaannya bahan letupan.

Kes juga disiasat dibawah seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum dua tahun.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.