Malaysia B-19 pilih jalan berliku

Skuad B-19 Malaysia mengutip satu mata pada perlawanan pertama Kumpulan E

KUALA LUMPUR – Malaysia bawah 19 tahun (B-19) memilih jalan sukar untuk layak ke Piala Asia B-20 2023 setelah sekadar seri 1-1 dengan tuan rumah Mongolia pada aksi kelayakan Kumpulan E di Stadium MFF, Ulaanbaatar petang tadi.

Tuan rumah mendapatkan gol melalui sepakan penalti Buyannemekh Ganbat minit ke-24.

Skuad kendalian Hassan Waras memastikan satu mata dikutip selepas Aliff Izwan Yuslan menyempurnakan hantaran daripada rakan sepasukan pada minit pada minit ke-54.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Korea Selatan menewaskan Sri Lanka 6-0 untuk memimpin kumpulan.

Hanya juara kumpulan akan layak bersama lima naib juara terbaik.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.