Bom meletup lagi, empat tentera sakit

 

PATANI- Sekurang-kurangnya  empat anggota tentera cedera selepas kereta pikap dinaiki mereka diletupkan bom di selatan Thailand, hari ini.

Media melaporkan, kejadian berlaku ketika empat anggota berkenaan melalui kawasan jalan raya Pawang’nai Tempat 1 Mukim Benang Star daerah Benang Setar, Yala, pada jam 4.10 petang tadi.

Pikap berkenaan rosak akibat letupan bom

Akibat letupan bom itu, terbentuk lubang besar di atas jalan raya selain merosakkan pikap tersebut.

Mangsa terlibat dikenali Anuwat Chucenat, Atchai Seridamlem, Chukiat Utang dan Raktit Tekmina. Keempat-empat mereka anggota beruniform hitam.

Serangan itu ialah kali kedua dalam tempoh enam hari selepas tiga anggota tentera parah terkena letupan bom disembunyikan tepi jalan dalam kejadian di Mukim Lubuk Sawa, Narathiwat pada 17 Julai lalu.

Konflik berdarah dijangka terus meningkat ekoran tindakan keras berterusan tentera terhadap umat Islam selatan Thailand.

Mereka disyaki terbabit kumpulan pejuang akan terus ditahan pihak tentera.

Perkembangan mutakhir ini menimbulkan kebimbangan terhadap penindasan di luar jangka tentera terhadap umat Islam selatan Thailand.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.