Tiada perubahan harga barang

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Perdana Menteri ke-10 tidak membawa banyak perubahan bagi mengatasi masalah harga barang dan kemelut ekonomi.

Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, rakyat masih dalam derita kerana tiada perubahan dalam masalah kenaikan harga barang.

“Di bawah Perdana Menteri ke-10, ada atau tidak perubahan tentang harga barang, minyak, telur dan barangan runcit?

“Saya melihat beliau hanya mengambil hati pekerja awam saja, begitu juga dengan menteri menterinya. keadaan tak berubah pun,”katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan hari ini.

Mustaffa berkata, kerajaan hari ini dituntut serius menyelesaikan masalah ekonomi berbanding hanya bercakap soal tidak perlu dan tidak membela rakyat.

“Rakyat bukannya nak dengar penasihat kanan tiada gaji dan sebagainya

“Tetapi ingin ditegaskan bahawa rakyat mahukan pembaharuan dalam masalah ekonomi dan kenaikan harga barang.

“Mereka nak tengok masalah-masalah dijanjikan akan diselesaikan ditepati. Itu yang mereka mahukan!,”katanya.

Mustaffa berkata, kerajaan perlu mengurangkan kadar tol, menurunkan harga minyak khususnya RON 95, turunkan harga telur, dan penurunan takrif elektrik.

“Kerajaan perlu membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat, harga cukai jalan diturun atau dihapuskan, rumah mampu milik dan kebajikan asas lain.

“Rakyat tidak boleh ditekan dengan keadaan harga barang yang terus menggila. Rakyat perlukan satu pertahanan bukannya beban,”katanya.

Beliau berkata, PAMM sebagai sebuah badan bukan kerajaan mempunyai hak menegur kerajaan kerana mereka juga membawa suara rakyat.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.