Ubah Jata Negara, kerajaan bertindak

Gambar Jata Negara yang diubah suai sebelum ini

KUALA LUMPUR-Tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang meniru lambang kerajaan Persekutuan iaitu Jata Negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau telah arahkan PDRM untuk siasat dan ambil tindakan yang tegas dengan segera.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan yang tidak patriotik dan bertanggungjawab ini.

“Seksyen 3(1)(a) Akta Labang dan Nama (1963) memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang meniru lambang yang serupa Lambang Kerajaan Persekutuan, Jata Negara,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular gambar depan buku ‘Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia’ yang mengubah suai gambar Jata Negara.

Artikel berkenaan disunting oleh Kean Wong dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Ilham Books

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.